Ramai pemimpin PR layak jadi MB

. Jumat, 31 Januari 2014
0 komentar
sinar harian
NURULFATIHA MUAH
4 Oktober 2012
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) mempunyai ramai pemimpin yang layak menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kelak.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abd Rani Osman berkata, adalah tidak mustahil siapa pun dalam kalangan pemimpin PR negeri itu, bakal diangkat menjawat jawatan tersebut pada masa akan datang.

“Tiada apa yang mustahil (dalam pemilihan calon menteri besar dalam PR). Mungkin (Mohamed) Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) atau mungkin juga saya (boleh diangkat jadi menteri besar).

“Kita ada tiga parti (Pas, PKR dan DAP) dan hanya kepimpinan tertinggi parti akan menentukan (calon menteri besar) dalam mesyuarat bersama jika kita menang PRU13,” katanya ketika diminta mengulas bayangan calon menteri besar jika PR berjaya mengekalkan pemerintahan mereka di Selangor.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan menjadi menteri besar sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, nanti.

Azmin berkata, keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat PR atas kewibawaan serta kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid sepanjang satu penggal menjadi ketua pentadbir negeri, namun ia masih belum dimuktamadkan.

Dr Abd Rani bagaimanapun menegaskan, misi utama PR ketika ini hanyalah berusaha menumbangkan Barisan Nasional (BN), selain meraih kemenangan dalam PRU13, sebelum serius berbincang mengenai pemilihan menteri besar.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, kedudukan menteri besar, exco atau calon yang bakal bertanding pada PRU13 itu masih belum diputuskan, dan ia hanya akan ditentukan presiden atau pemimpin kanan parti.

“Jadi atau tidak (menteri besar), ia hanya akan ditentukan selepas kita meraih kemenangan. Walaupun demikian, sebagai ahli, kita akan akur di mana saja kami ditempatkan, bertanding atau tidak,” katanya.

Beliau secara peribadinya berpendapat, Abdul Khalid mempunyai komitmen dan prestasi jauh lebih baik berbanding dengan menteri besar di bawah pentadbiran BN.

Ditanya kemungkinan Mohamed Azmin bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, Shuhaimi menyifatkan, Ahli Parlimen Gombak itu layak sama ada memegang jawatan itu atau menjadi menteri.

“Saya tak fikir sebagai orang nombor dua dalam parti (PKR), beliau akan pikul tanggungjawab di peringkat negeri, sebaliknya lebih diperlukan di peringkat Pusat. Namun sekiranya kepimpinan parti memutuskan demikian, saya lihat beliau layak mengisi kedua-dua jawatan tersebut sama ada sebagai menteri besar atau menteri.

“Saya tidak mahu sensasikan isu ini, cukuplah buat masa ini kita fokus tumbangkan BN dan menang lebih banyak kerusi Parlimen untuk menawan Putrajaya. Kita akan mengadakan ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia’ bermula 14 Oktober ini,” katanya.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut soal  kerana ia berkaitan perkara dalaman parti
Read More..

Tumbangkan Dinasti BN Dengan Angka

. Rabu, 29 Januari 2014
0 komentar

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Dalam politik Malaysia angka sering menjadi perhatian ramai. Angka-angka yang diterbitkan oleh media-media massa di Negara ini sama ada media bercetak atau media di alam siber memberi banyak makna.
Bercakap tentang angka sudah tentu Sharizat dan keluarganya mendahului. Kita percaya angka RM 250 juta yang diamanahkan untuk digunakan bagi pembelian lembu tetapi disalahguna bagi membeli kondominium adalah angka keramat bagi kejatuhan dinasti Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.
Angka boleh memberi petunjuk bagaimana kaum keluarga ahli politik Baraisan Nasional bergelumang dengan kemewahan hidup dengan wang rakyat. Lihat sahaja pendedahan yang dibuat oleh pegawai bank yang mengesahkan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz Majid iaitu kakak kepada penyanyi Sheila Majid.
“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank dalam perbicaraan tuntutan nafkah sebanyak RM 400 juta oleh Shahnaz.
Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada bulan Januari 2012 ; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91.

Angka-angka berikut pula menunjukkan bagaimana wang rakyat atau pembayar cukui dengan mudah disalahgunakan. Kementerian Pertahanan telah membeli empat buah RIV ( Rapid Intervention Vehicles ) dengan harga RM 2.67juta iaitu pada harga lebih kurang RM 690,000 sebuah. Kita mungkin akan mudah sahaja tertipu bahawa harga yang dinyatakan tersebut mungkin suatu harga yang munsabah sehinggalah Y.M Sultan Johor sendiri bersuara mempertikaikan harga yang amat tinggi tersebut. Media melaporkan pada 8/9/2012 Sultan Johor yang juga memiliki kenderaan RIV tersebut berkata baginda membeli sebuah RIV hanya pada harga RM 150 ribu sebuah.
Sultan Johor menyatakan “ tidak seorang pun yang sepatutnya mengambil manfaat dengan pembelian RIV tersebut bagi mendapat keuntungan peribadi”. Hanya setelah Sultan Johor bersuara barulah Zahid Hamidi tersipu-sipu mengarahkan siasatan dijalankan !!
Hakikatnya angka pembelian alat-alatan oleh Kementerian Pertahanan dengan harga yang jauh melambung tinggi bukanlah perkara baru. Pada tahun 2008 rakyat telah didedahkan bagaimana Kementerian Pertahanan telah membeli 12 buah Eurocopter Cougar EC725 pada harga RM2.3 bilion atau RM193juta sebuah sedangkan Kerajaan Brazil telah membeli model yang sama pada harga RM 82.8 juta sebuah . Lihat bagaimana wang rakyat sebanyak RM 111juta disonglap di siang hari !!!
Angka juga menunjukkan hutang. Suatu yang ironi dalam keadaan Najib berbangga kononnya beliau telah melakukan transformasi ekonomi Malaysia, hutang negara semakin meningkat setiap tahun. Hutang Kerajaan Persekutuan di bawah BN telah meningkat secara mendadak daripada RM242 bilion pada tahun 2004 kepada RM 363 bilion dalam tahun 2009 dan RM 456 bilion pada tahun 2011 dan bagi tahun 2012 hutang Negara dijangka akan meningkat sehingga RM520 bilion. Jika diterjemah dalam bentuk peratus hutang Negara telah meningkat sebanyak 107.4 peratus dalam masa 8 tahun. Apa yang menakutkan rakyat adalah liabiliti kontinjen ( contigent liability ) Kerajaan dijangka akan meningkat pada tahun 2013 tinjauan dari perbelanjaan RM53 bilion bagi projek MRT dan projek-projek mega yang lain .
Yang lebih menyenakkan perut rakyat adalah syarikat kroni Umno yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga mempunyai penggabungan hutang yang melambung iaitu sebanyak RM34.3 bilion sedangkan syarikat-syarikat yang beliau ada kepentingan tersebut hanya dijangka mempunyai wang tunai sekadar RM 7.8 bilion setakat bulan Mei tahun ini.
Yang lebih mengejutkan meskipun dibelenggu dengan hutang yang banyak, syarikat-syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih terus menerus diberi kontrak oleh Kerajaan BN. Baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa projek penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang akan diberikan kepada syarikat milik beliau. Juga menjadi berita yang hangat bahawa syarikat beliau dikatakan mendahului persaingan bagi mendapat projek penswastaan Pelabuhan Kelang (Northport Holdings) dan KTM Berhad.
Adakah rakyat lupa bahawa pada tahun 1998 apabila berlakuknya krisis ekonomi, syarikat kroni Umno, Renong Berhad yang mempunyai hutang sebanyak RM 20 bilion iaiitu sebanyak 7 peratus dari keseluruhan hutang sektor perbankan di Negara ini . Hutang yang melambung tinggi menyaksikan beberapa bank jatuh bankrap. Ia bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada para pelabur dan keruntuhan pasaran saham , wang kita semua sebanyak RM 10 bilion juga disalahguna oleh Kerajaan BN untuk selamatkan kroni Umno ini. Tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan ke atas Syed Mohktar yang semua tahu adalah kroni Umno.
Bercakap tentang angka pemimpin MCA pula nampaknya buta angka. Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Donald Lim dengan tanpa segan silu berbohong di Parlimen apabila beliau menuduh tanpa bukti bahawa sejak Pakatan Rakyat ambil alih Selangor pada tahun 2008 tiada satu rumah kos rendah pun dibina oleh Kerajaan PR Selangor.
Apabila ditunjukkan dengan angka sebenar oleh YB Tony Pua, “Sibuta angka” MCA ini masih tidak dihukum oleh Speaker Parlimen di bawah Aturan 36 ( 12 ) Standing Orders kerana berbohong di dalam Parlimen. Kerajaan Selangor hakikatnya telah membina 23,637 unit rumah kos rendah termasuklah memulihkan semula 9,176 unit rumah akibat projek yang ditinggalkan.
Read More..

Budak Sekolah Bertudung Sengaja Selak Skirt!

. Rabu, 01 Januari 2014
0 komentar
Ini adalah gambar yang tersebar akhir tahun lalu. Mungkin ada sebahagian yang sudah melihat gambar ini. Dan mungkin ada ramai yang belum.



Apa yang hendak disampaikan di sini ialah, mengapa budak-budak zaman sekarang adakalanya tak faham erti sensitiviti?

Benda yang berkaitan dengan agama dan budaya kaum lain haruslah dijauhi dari dijadikan bahan lawak jenaka.

Terutama di era di mana maklumat boleh berdedar ke serata dunia dalam beberapa saat, maka privasi dan tindak-tanduk diri harus dijaga dengan baik.


Gambar-gambar ini pun diletakan di Facebook yang mana ia boleh diakses dan dicapai banyak pihak dengan mudah.

Satu benda kecil boleh mencetuskan perkara yang besar. Mungkin gambar ini belum mencapai tahap itu, namun sikap seperti ini harus dikekang sejak awal lagi.

Mungkin budak dalam gambar ini terasa dirinya lawa sangat sehingga boleh mempermainkan apa sahaja. Namun kesan kebodohannya mampu menguris hati banyak pihak.

-Mynewshub.my
Read More..

Dera Anak Ibu Tak Banyak Bercakap

.
0 komentar


BESUT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai mangsa dera di Kampung Seberang Jertih dekat Bandar Jertih malam kelmarin.

Mangsa, Putri Nur Qristina Balqis Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas dibawa ke Hospital Besut oleh ibunya dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut jam 8 malam.

Terdahulu, difahamkan ibu mangsa yang berusia 23 tahun berjalan kaki sejauh 500 meter dari rumahnya sambil mendukung mangsa yang sudah tidak bergerak untuk meminta bantuan di pejabat JPAM.

Ibu mangsa ke JPAM ditemani seorang ibu tunggal yang merupakan keluarga angkatnya, iaitu tempat wanita terbabit dan anaknya itu tinggal.

Menurut sumber lagi, ketika sampai di pejabat JPAM, ibu mangsa tidak bercakap banyak dan mengatakan anaknya terjatuh, sambil meminta bantuan menghantar anaknya ke hospital.

“Mangsa yang sudah tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Besut bersama ibunya dan sebaik tiba di hospital, kanak-kanak malang itu disahkan telah meninggal dunia.

“Saya lihat pada badannya memang ada kesan lebam-lebam, manakala ibunya tidak banyak bercakap,” dakwa sumber itu lagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan menerima laporan daripada Hospital Besut berikutan kematian kanak-kanak perempuan itu.

Menurutnya, pihak hospital telah membuat laporan polis di Balai Polis Jertih selepas pemeriksaan fizikal ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat beberapa kecederaan dan kesan lebam, seperti lebam di dahi dan pipi serta luka di bawah mata sebelah kanan.

“Pemeriksaan doktor juga mendapati ada lebam biru di belakang badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis belum boleh mengklasifikasikan kes itu sebagai kes dera sebelum menerima laporan bedah siasat daripada pakar forensik petang semalam.

Kata beliau, jenazah Putri Nur Qristina Balqis dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat oleh pakar forensik dari Kuantan, Pahang bagi mengetahui punca kematian.

Menurutnya, ibu mangsa yang tidak bekerja beralamat di Kluang, Johor telah dipanggil untuk diambil keterangan dan sehingga petang semalam, belum ada sebarang tangkapan dibuat.

“Polis akan menunggu keputusan bedah siasat dan akan bertindak berdasarkan laporan tersebut serta memastikan undang-undang ditegakkan,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa yang merupakan anak tunggal dan ibunya, tinggal bersama keluarga angkat yang juga seorang ibu tunggal lima anak, termasuk seorang anak OKU.

Menurutnya, ibu mangsa dan ibu tunggal tersebut juga tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Ujar beliau, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Kamaruddin bagaimanapun menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum hasil bedah siasat diketahui. – Sinar Harian Online
Read More..

kata kata putus cinta hari ini

.
0 komentar
kata kata putus cinta sering diucapkan oleh orang-orang yang sedang mengalami putus cinta. Banyak kata-kata yang menyedihkan, putus asa, dan sebagainya yang nanti akan kita temui dalam postingan kali ini. Memang tdiak dapat dipungkiri putus cinta adalah suatu dilema yang harus siap dihadapi oleh setiap pasangan. Apabila seseorang yang sedang dilanda kasmaran membuat kata cinta maka seseorang yang patah hati juga membuat ungkapan kata kata putus cinta.

kata kata putus cinta banyak sekali mengandung ungkapan marah, ungkapan putus asa, hingga ungkapan senang. Hal ini wajar karena manusia selalu mengekspresikan suasana hatnya dalam berbagai hal, salah satunya adalah melalui kata kata putus cinta ini.

Bagi anda yang sedang mengalami putus cinta atau sekedar iseng mencari kata kata putus cinta, silahkan lihat kata kata putus cinta yang admin telah rangkum dan admin dapat dari berbagai sumber. Selamat menikmati kata kata putus cinta hari ini ala Berita Terbaru.

Terkadang mulut tak mampu utk mengucapkan rasa sakit ini. Hanya disini aku bisa meluapkan semua keluh kesahku kepadamu,

Disaat kau telah bersamanya , aku bahagia dan tersenyum . Tapi sesungguhnya aku belum bisa mencari penggantimu

Sayang sama kamu ga pernah bikin aku nyesal . Yang bikin aku nyesal adalah aku bukan yang kamu sayang

Kamu hanyalah sisa-sisa memori yang tertinggal jauh dan akan menghilang tertimbun kebahagiaan-kebahagiaanku

Aku tersenyum , itu caraku menghiasi luka . Aku tertawa , itu caraku untuk sembunyi

kau datang saat hati ini hampa , dan kau pergi saat hati ini penuh olehmu

Aku tahu kau bukan miliku, semoga kebahagian selalu menyertaimu

Melupakanmu sama susahnya seperti mengingat org yg belum pernah aku kenal.

Dimanakah kebahagiaan yg dulu kau janjikan? nyatanya aku kesepian.

Tuhan, tolong sabarkan hati ini, jika kisah cinta yg kuimpikan dengannya harus di tebus dgn penantian.

Meski kau telah menyakiti hati ini, aku akan selalu mendoakan yg terbaik untuk mu

bila kau menginginkan aku melupakan semuanya, doakan aku untuk hilang ingatan

Setidaknya kamu pernah menjadi milikku, meskipun tak lama hal itu pernah membuatku bahagia

Kamu adalah alasan mengapa aku bisa terseyum dan terkadang kamu juga menjadi alasan mengapa aku bisa menangis saat ini

Pacaran = YES, Putus = OK, Patah Hati = NO !!!

Hidup itu terlalu berharga untuk dihancurkan gara-gara putus cinta.

Aku dsini tersenyum buat kamu, agar kamu tau kalo aku berusaha tegar tapi sebenarnya hati kecilku rapuh.

Kenapa mesti kamu yang ada di hati aku? Kamu ga capek buat aku sakit ?


Itu dia kata kata putus cinta untuk hari ini. walaupun sedikit yang penting bermakna. Semoga deh para pembava dapat sadar dan terus semangat bagi yag baru putus cinta. Semoga artikel ini bermanfaat dan memotivasi para pembaca sekalian. Terima kasih.
Read More..