Wanita Malaysia Terbang ke China Untuk Berkahwin Dengan Kekasihnya yang Lumpuh

. Jumat, 28 Februari 2014
0 komentar

12 Ogos 2013
 
 The Star
Kuala Lumpur - Sungguh mengharukan! Seorang wanita   Malaysia nekat terbang ribuan kilometer ke China untuk berkahwin dengan seorang lelaki lumpuh. Keduanya berkenalan di internet hingga kemudian semakin akrab.

Gan Sook Ying yang tinggal Kuala Lumpur,   berkawan dengan Li Kangyu asal Tangshan, China, sejak Jun  2011. Seperti dilansir Asia One, Isnin (12/8/2013), keduanya kerap berbual via internet.

Li yang berusia 38 tahun ini menderita rheumatoid arthritis, penyakit yang menyerang  sendi , yang membuatnya lumpuh. Gan yang merasa tersentuh dengan kisah Li berbicara intens via internet.

Hingga akhirnya Gan mulai mengagumi dan jatuh cinta kepada Li setelah tiga kali mengunjungi China.

Menurut media setempat, Sin Chew Daily, keadaan Li semakin parah sejak usianya menginjak 7 tahun. Hingga akhirnya dia hanya boleh terbaring di katil.

Begitu tiba di China, Li dan Gan mendaftarkan pernikahan mereka di jabatan awam setempat. Pernikahan keduanya dilangsungkan pada 24 Julai lalu dan diikuti dengan resepsi pernikahan yang diadakan pada 8 Ogos.

Sambil mengenakan gaun pengantin, Gan berfoto dengan suaminya yang hanya boleh terbaring di katil.

Kepada media, mereka mengaku hubungannya  tidak direstui keluarga. Namun setelah saudara dan keluarga Gan datang mengunjungi Li, tahun lalu, keduanya mendapat restu.
Read More..

Bagaimana Solat Kita

. Kamis, 27 Februari 2014
0 komentar

Selalu kita dengar ustazah/ustaz kita kata “Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.” Tapi betul kah? Namun, sejauh mana solat itu berkesan dalam mencegah seseorang itu daripada melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini?
Ya, setiap apa yang Allah perintahkan kepada hamba-hambaNya penuh dengan kebaikan. Allah memerintahkan sesuatu hukum untuk dipatuhi oleh manusia bukanlah satu perkara yang sia-sia. Walhal walau perkara itu di anggap kecil, pasti padanya kebaikan dan penuh dengan maksud tersirat. Umpama Allah ‘memerintahkan’ agar daun gugur ke bumi. Padanya juga ada ‘petunjuk’ dan ‘sebab’ yang kita sendiri pun tidak dapat membongkarnya.
Demikianlah dengan solat. Allah memerintahkan kepada kita untuk mengabdikan diri kepadaNya ketika duduk, berdiri, baring dan dalam apa jua keadaan. Pada solat itu terdiri daripada gerakan-gerakan badan- berdiri, rukuk, sujud yang dituruti dengan hati yang memuji kesempurnaan Allah SWT. Setiap kali kita mengangkat takbir, kita mengucapkan pujian kebesaran kepada Allah. Kemudian apabila kita rukuk, sujud, ikhtidal seiring kita memuji dan membesarkan keagungan Allah SWT.
Lantas dengan kehadiran hati yang khusyuk semasa berhadapan dengan Allah SWT memberi kesan kepada hati itu seterusnya memberi kesan kepada anggota-anggota badan yang lain untuk menjauhi maksiat.
Justeru, dari hatilah bermulanya pencegahan diri daripada melakukan kerosakan di muka bumi Allah. Apabila hati itu penuh dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah, maka menzahirkan anggota-anggota badan yang turut ‘patuh’ pada perintah tuhannya.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud;
“Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati”
(Hadis Shahih Bukhari)
Manakala Imam al-Ghazali pun di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan,
“Hati itu ibarat raja, manakala anggota- (tangan, kaki, mulut, mata dll) itu ibarat rakyatnya. Jika baik raja itu, baik juga rakyatnya. Demikianlah hati, jika hati itu baik maka baiklah seluruh anggotanya”
Solat itu Pencegah Maksiat
“ Setiap hari dia solat, tapi setiap kali itu jugalah dia maksiat”
” Semalam nampak pak din kat Masjid bersolat, hari ni nampak pula kat kedai nombor”
” Solat tak pernah tinggal, mengumpat pun tak pernah tinggal”
Mari kita renungkan sama-sama. Mengapa boleh jadi sedemikian rupa? Kita tahu dan yakin solat itu mencegah diri daripada kejahatan dan maksiat. Allah juga telah nyatakan di dalam kitabNya yakni sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri daripa kejahatan dan kemungkaran. Tapi, mengapa masih melakukan maksiat? Mengapa masih berada di ‘jalan’ yang sama?

Sumber

Read More..

Guna Dron Untuk Halau Angsa

. Rabu, 26 Februari 2014
0 komentar

OTTAWA – Pihak berkuasa Kanada menggunakan pesawat kawalan jauh atau dron untuk mengusir kawanan angsa daripada mencemari sebuah kawasan perkelahan popular di sini.

Sebelum ini, pantai berkenaan dicemari najis angsa-angsa tersebut.

Dinamakan hexakopter, pesawat bersaiz 66 sentimeter itu sebelum ini digunakan oleh pemiliknya, Steve Wambolt untuk mengusir makhluk perosak seperti belalang.

Pesawat kawalan jauh itu terbang setiap pagi pada untuk menghalau kawanan angsa yang mengotori air Sungai Ottawa di timur bandar raya ini.

“Dron ini sangat efektif,” kata Pegawai Dewan Bandar raya Ottawa, Bob Monette.

Menurutnya, pelbagai kaedah yang digunakan sebelum ini seperti penggunaan anjing terlatih dan bunyi letupan gagal untuk menghalau angsa tersebut.

Malah, beberapa tahun lalu, majlis perbandaran Ottawa pernah menggunakan bahan kimia berbau busuk untuk mengusir haiwan itu tetapi masih gagal.

Monette berkata, sejak menggunakan dron tersebut Julai lalu, bilangan angsa di lokasi berkenaan telah menurun daripada beratus ekor kepada hanya beberapa belas. – AFP

Read More..

Katak beracun yang berwarna cantik

. Selasa, 25 Februari 2014
0 komentar































Read More..

Shila Amzah tiada masa bercinta

. Senin, 24 Februari 2014
0 komentar
Shila Amzah

BUKAN sekali dua dirinya digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan selebriti lelaki tanah air.

Selepas dikaitkan dengan Awi Rafael, Shila Amzah dikaitkan pula dengan pelakon popular, Johan As’ari.

Tetapi, bagaikan sudah lali dengan segala khabar angin itu, beliau kini hanya mampu tersenyum tatkala diajukan pertanyaan berhubung perkara itu.

Buat kesekian kalinya Shila yang pernah putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad menepis dakwaan itu dan menegaskan bahawa itu hanyalah gosip.

Tegasnya, beliau kini terlalu sibuk dengan nyanyian sehingga membuatkan dirinya tidak mempunyai sebarang keinginan untuk memiliki kekasih hati ketika ini.

Kata Shila, sehingga kini dia masih solo dan belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin atau terikat dengan sesiapa pun.

"Jodoh itu rahsia ALLAH, sama-sama doakan yang terbaik untuk saya.

“Lagipun,  saya bukan pencuri hati. Kalau milik orang lain saya tak nak usik dan dekat.

“Sama ada Johan atau naib Johan atau tempat ketiga, siapa pun jodoh saya,saya terima dengan seikhlas hati saya.. tapi bukan sekarang, fokus saya kerja dulu,” katanya menerusi laman Twitter.

Baru baru ini, peminat mula berspekulasi tentang hubungan mesra antara Johan dan Shila selepas gambar mereka berdua beraya bersama dikongsikan di laman sosial.

Tidak kurang juga para peminat yang tampil dengan teori bahawa Shila merupakan gadis pilihan Johan yang masih dirahsiakan identitinya sehingga hari ini.

Mengakui bimbang dengan gosip yang tersebar itu, Shila bagaimanapun berharap peminat tidak salah faham keakraban yang terjalin antara beliau dan Johan.

“Saya harap peminat di luar sana tidak salah faham. Hubungan saya dengan Johan memang rapat dari dahulu lagi, Kami sudah lama berkawan iaitu sejak tahun 2010. Bahkan, emak saya dan emak Johan juga berkawan baik.

“Jadi, tidak ada sebarang cinta antara saya dengan Johan, gambar yang tersebar itu pun diambil masa saya menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan Johan. Itu sahaja,” jelas beliau.
Read More..

Harapan Nicol Skuasy Ke Olimpik Berkubur

. Sabtu, 22 Februari 2014
0 komentar

Harapan pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David untuk melihat skuasy dipertandingkan buat pertama kali di pentas Sukan Olimpik terus tinggal harapan apabila acara itu tewas kepada gusti dalam undian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Acara gusti kembali ke temasya sukan paling berprestij dunia itu susulan undian oleh anggota IOC di Buenos Aires, Argentina semalam.

Menurut laman web IOC, acara gusti menerima 49 undi daripada, skuasy 24 undi dan besbol menerima 22 undi dengan jumlah keseluruhan undi ialah 95 undi.

Sukan gusti akan dipertandingkan pada temasya Olimpik 2020 dan 2024.

Sebelum ini, gusti sememangnya merupakan acara Olimpik pada setiap edisi Olimpik kuno dan moden.

Pada Februari lalu, gusti digugurkan dari acara Olimpik seelpas IOC merancang memperharui program sukannya.

Dengan kemenangan undi ini, gusti menjadi sukan pertama untuk mendapat semula tempatnya dalam temasya terbesar sukan dunia itu dalam masa paling singkat berbanding sukan-sukan lain.

“Biasanya sesuatu acara yang digugurkan kembali ke Sukan Olimpik mengambil masa bertahun-tahun lamanya, tetapi kita berjaya melakukannya dalam masa hanya beberapa bulan,” kata Presiden Persekutuan Gusti Antarabangsa Nenad Lalovic kepada media.

Selain itu, pada sesi IOC ke-125 itu juga, jawatankuasa telah bersetuju untuk 25 acara sukan akan menjadi acara teras pada Sukan Olimpik 2020.

Acara sukan itu ialah, olahraga, lumba perahu, badminton, bola keranjang, tinju, kayak, berbasikal, ekuestrian, lawan pedang, bola sepak, gimnastik, angkat berat, bola baling, hoki dan judo, akuatik, pentatlon, taekwondo, tenis, ping pong, menembak, memanah, triatlon, perahu layar dan bola tampar.

Pada 2020, Sukan Olimpik akan diadakan di Tokyo, Jepun.

Oleh : IBNU K
Read More..

10 Pembunuhan Paling Sadis yang Dilakukan Oleh Anak Usia 10 17 Tahun

. Jumat, 21 Februari 2014
0 komentar
Di Jaman ini Banyak orang tua semakin bertanya-tanya apakah mereka membesarkan pembunuh berantai masa depan? Karena banyak insiden yang melibatkan senjata di sekolah yang berujung dengan kematian di kalangan anak-anak lai.Semoga dengan adanya beberapa kasus ini akan membuat tiap orang tua akan kembali mengevaluasi kemampuan mereka untuk bisa memahaami ke inti masalah anak-anak mereka ter kemarahan.
Ibu dari Dylan Klebold (Columbine Shooter) menulis sebuah esai di majalah O di mana ia menggambarkan keterkejutan dan kengeriannya atas tindakan anaknya. Dia tidak pernah percaya anaknya akan mampu menyakiti orang lain apalagi sampai membunuh remaja lain yang tidak bersalah.

1. Tim Kretschmer
Seorang remaja 17 tahun pergi ke bekas sekolah tinggi di Winnenden, Jerman pada tanggal 11 Maret 2009 dan insiden fatalpun terjadi, dia menembak dan membunuh 9 siswa, 3 guru dan 3 para pengamat sebelum mejedorkan pistol itu ke kepalanya sendiri. Dia baru pulih dari perawatan psikiatris karena depresi ketika penembakan terjadi. Sehari sebelum penembakan terjadi, Kretschmer mengumumkan rencananya pada chatroom internet. Nilainya yang gagal membuatnya harus mengejar merupakan pemicu kemungkinan untuk tindakannya ini.

2. Jeffrey Weise

Pada tanggal 21 Maret 2005, Jeffrey Weise (16) membunuh kakek dan pacar kakeknya. Dia melanjutkan untuk masuk sekolah dengan mobil polisi kakeknya dimana ia mulai menembak dan membunuh 5 siswa, 1 guru dan 1 penjaga keamanan sebelum menembakkan pistol pada dirinya sendiri. Penyebab dari tindakannya ini terutama karena dia sering dihina dan dilecehkan.

3. Dylan Klebold dan Eric Harris

Dylan Klebold bersama dengan Eric Harris pergi ke Columbine High School pada tanggal 20 April 1999 dan melukai 12 teman sekelas dan 1 guru pelatih. 21 orang lainnya terluka dalam penembakan, banyak dari mereka yang terluka dan cacat oleh peristiwa ini.

Harris dan Klebold adalah individu yang merasa depresi. Mereka ditindas di sekolah dimana dia belajar. Video tentang insiden oleh kedua siswa ini menggambarkan bahwa peristiwa yang terjadi di Columbine High School pada tanggal 20 April 1999 sengaja direncanakan selama berbulan-bulan.
Buku harian di kamar mereka juga menggambarkan ketidakpuasan dengan hidup dan sekolah.

4. Kelly Ellard
Virk Reena 14 th sering dikucilkan dan diintimidasi oleh orang lain di sekolahnya. Dia sering berusaha untuk dapat diterima oleh orang lain. Dia mengisap ganja, minum alkohol dan tidak mematuhi keluarganya untuk terlihat keren.

Pada tanggal 14 November 1997, Virk diundang ke sebuah pesta dekat Jembatan Craigflower mana ia mengkonsumsi alkohol terlalu banyak.

Saat di sana, dia dicecar oleh sekelompok 8 remaja yang melecehkan dan mengejeknya.
Kelly Ellard dan Warren Glowatski, dua anggota dari kelompok remaja, mulai mengikuti Virk saat dia berjalan menjauh. Ellard dan Glowatski mengalahkan Virk dan memaksanya untuk melepaskan sepatunya.
Ellard, yang berusia 15 tahun pada saat itu, dibenamkan Virk sampai dia mati.

Selama pengadilan, Ellard terkenal karena sarkasme dan sering mengamuk.Dia gagal untuk menyadari beban tindakannya. Setelah 3 percobaan, Ellard dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2005 dengan kemungkinan pembebasan bersyarat dalam waktu 7 tahun.

5. Joshua Phillips

Joshua Phillips was convicted for murdering his missing 8 year old neighbour, Maddie Clifton in 1998. Joshua Phillips dihukum karena membunuh tetangganya Maddie Clifton yang berusia 8 tahun yang dilaporkan hilang, pada tahun 1998. Ibunya menemukan mayat yang diplester di tempat tidur Phillips tujuh hari setelah Clifton hilang. Phillips dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat. Dia tidak pernah menyatakan alasan mengapa dia melakukan pembunuhan.

6. Eric Smith

Eric Smith 13 th dihukum karena menyumpalkan baterai dan memukul seorang anak berusia 4 tahun sampai mati pada tahun 1994. Dia melanjutkan dengan tindakan sodomipada bocah 4 tahun itu dengan tongkat lalu dia menimpakan batu-batu besar upada tubuh kecilnya yang remuk.Smith dihukum minimal 9 tahun penjara untuk pembunuhan tingkat kedua.
Dia masih di penjara dan permohonan jaminan untuk kebebasanya 5 kali ditolak. Ejekan digunakan sebagai alasan untuk perilaku biadab Smith.

7. Lionel Tate

bocah berusia 12 tahun ini mengaku meniru gerakan gulat ketika ia memukuli sampai mati seorang gadis berusia 6 tahun pada tahun 1999.

Dia juga mengklaim bahwa ia telah mengunci posisi kepala gadis itu sebelum membenturkannya ke meja. Meskipun siswa cemerlang, Tate dikenal karena perilaku temperamentalnya dan sering mencuri dan dia pernah diskors 15 kali dari sekolahnya.

Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2001 untuk pembunuhan tingkat pertama. Ketika kasusnya dikaji ulang pada tahun 2004, dia dibebaskan.Pertahanan percaya bahwa uji kompetensi mental harus sudah dilakukan sebelum sidang. Dia sekarang 10 tahun dalam masa percobaan dan memakai monitor pergelangan kaki.

8. Michael Slobodian

Michael Slobodian 16 tahun masuk Brampton Highschool pada 28 Mei 1975 dengan 2 senapan dalam kasus gitarnya. Setelah gagal fisika, Slobodian ingin balas dendam.
Ia masuk kamar mandi anak laki-laki di mana dia membunuh John Slinger.

Dia melanjutkan kesenangan nya membunuh di ruang seni di mana dia membunuh seorang guru bahasa Inggris. Dia bunuh diri di lorong dekat ruang seni. Cathy dan Nancy Davis, putri mantan Perdana Menteri William Davis , menyaksikan peristiwa itu.

9. Mary Bell

Bocah 11 tahun ini didakwa dengan pembunuhan dengan mencekik dua anak laki-laki berusia 3 dan 4 tahun . Tidak seperti insiden pembunuhan pertama, yang kedua dilakukan dengan teman, Norma Bell. Bell mengukir "N" dengan silet di perut korban.
Dia selanjutnya mengambil potongan rambut korban, mengiris iris kaki korban dan memotong penis korban.

Bell berasal dari keluarga yang berantakan. Ibunya adalah seorang pelacur yang tidak hadir dalam kehidupan Bell. Pada tahun 1980, Bell dibebaskan dari penjara dan diberikan anonimitas.

10. Jon Venables & Robert Thomson

Jon Venables dan Robert Thomson dua anak berusia 10 tahun telah menculik, membunuh dan menyiksa anak usia 2 tahun tJames Bulges pada tahun 1993. Venables dan Thomson bolos sekolah dan pada 12 Februari 1993 memilih untuk menonton anak-anak di Pusat Perbelanjaan Strand Baru. Mereka mendekati Bulges saat ibunya sedang berbelanja dan agak terpisah jauh dari ibunya

Saat berjalan dengan Thompson dan Venables, bulges kecil sering dijatuhkan berulang kali. Banyak orang - orang melihat Venables, Thompson dengan Bulges tetapi orang - orang menyangka mereka bertiga bersaudara

Pembunuhan itu terjadi di rel kereta api di mana Venables dan Thomson menyiksa secara seksual dan fisik ke Bulges. Pada akhirnya, mereka membaringkan Bulges di atas rel kereta api dan menutupi tubuh dengan batu bata sebelum kereta datang.

Pada tanggal 24 November 1993, Venables dan Thompson diputuskan bersalah dan dikirim ke penjara. Pada tahun 2001, keduanya dibebaskan karena Dewan Pembebasan merasa mereka telah belajar dengan pengalaman mereka. Namun pada tahun 2010, Venables ditangkap lagi dengan tuduhan serius. 



sumber 
Read More..

Lori sampah ‘datang makan’

. Kamis, 20 Februari 2014
0 komentar
Bahau: Keasyikan 10 pelanggan bersarapan di sebuah gerai makan di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, di pekan ini, terbantut apabila lori sampah yang di pakir berhampiran menggelongsor ke belakang dan merempuh gerai itu hingga roboh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, pemandu lori milik SWM Environment Sdn Bhd itu dipercayai gagal menarik brek tangan sebelum ke gerai berkenaan untuk bersarapan.

Saksi yang juga pembantu kedai fotostat, Rosidah Abd Rahim, 33, berkata, ketika kejadian dia sedang membuka pintu kedainya dan sebaik menoleh ke belakang, ternampak lori diparkir kira-kira 10 meter dari gerai makan itu tiba-tiba mengundur.

Katanya, dia menjerit ke arah pelanggan di gerai makan sebelum melihat lori sampah itu merempuh motosikal Yamaha LC135 yang diletakkan berhampiran, diikuti bumbung gerai sebelum tersekat di penghadang jalan di situ.


“Mujur lori itu menggelungsur perlahan, malah pemandunya cuba memberhentikan kenderaan itu, tetapi tidak berjaya,” katanya.

Sementara itu, abang kepada pemilik gerai makan itu, Mohd Derham Khamis, 60, berkata dia sedang melayan pelanggan dan langsung tidak perasan lori itu mengundur ke arah gerai.

“Tiba-tiba saya terdengar suara menjerit memberitahu ada lori sampah mengundur menyebabkan semua pelanggan termasuk pemandu lori bergegas keluar dari gerai.

“Mujur tiada kemalangan jiwa cuma seorang pembantu kedai cedera ringan terkena percikan minyak masak yang tumpah ke lantai akibat rempuhan lori itu dan dirawat di sebuah klinik di pekan ini,” katanya.

Mohd Derham berkata, ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku sejak adiknya, Noriati, 56, mula berniaga di sini sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian lori itu masih lagi kosong tanpa muatan sampah.

Sementara itu, Noriati dan pemandu lori membuat laporan di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis daerah Jempol berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Read More..

Ustaz Nassuruddin Daud Penerima Brim Haiwan Haram sokong Pas Hudud

. Rabu, 19 Februari 2014
0 komentar
Read More..

Putera Alwaleed Pecat Penceramah Selebriti

. Selasa, 18 Februari 2014
0 komentar

RIYADH – Putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal memecat seorang penceramah agama dan motivasi terkenal warga Kuwait daripada saluran televisyen agama yang dimilikinya kerana didakwa ‘cenderung kepada keganasan’ dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin.

Putera Alwaleed menyatakan Tareq al-Suwaidan yang mempunyai lebih 1.9 juta pengikut di akaun Twitter dan dikenali di seluruh dunia Arab telah mengakui bahawa beliau adalah salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin dalam satu ceramahnya di Yemen.

“Tidak ada tempat untuk sesiapa yang mempunyai fikiran ganas di Saluran Al-Resalah,” tulis Putera Alwaleed dalam sepucuk surat kepada Suwaidan, berdasarkan kepada satu siaran akhbar daripada pejabat putera berkenaan.

Putera Alwaleed dikatakan telah berulang kali memberi amaran kepada Suwaidan supaya tidak terlibat dalam politik.

“Hanya mereka yang lemah bimbang tentang bagaimana untuk mencari wang. Tidak ada yang akan menggadaikan pinsipnya kecuali mereka yang cintakan dunia,” balas Suwaidan dalam Twitternya. – Reuters

Read More..

Barack Obama dan Mitt Romney lahir pada 6 Nov

. Senin, 17 Februari 2014
0 komentar

   

Milicent Owuor (20) mempamerkan kedua bayi kembar yang dia namakan Barack Obama dan Mitt Romney.

NAIROBI, Pemilihan presiden AS yang baru saja berlalu ternyata boleh memberikan inspirasi bagi ramai orang, termasuk memberi nama bayi yang baru lahir.

Seorang ibu di Kenya, Milicent Owuor (20), menamakan bayi kembarnya Barack Obama dan Mitt Romney kerana lahir tepat di hari pemungutan suara presiden AS pada 6 November lalu.

Tidak jauh dari rumah sakit tempat Obama dan Romney lahir, keluarga Barack Obama di desa kelahiran ayahnya di Kogelo merayakan kemenangan itu.

"Saya menamakan bayi yang lahir pertama Barack dan yang kedua Mitt," kata Owuor seperti dilaporkan Reuters.

Qwuor pun berpose untuk para fotografer di rumah sakit Siaya dengan kedua bayi kembarnya pada Rabu (7/11/2012).

Dia mengatakan, penamaan si kembar dengan nama pemenang dan pecundang pemilihan presiden AS agar ia boleh mengingat hari bersejarah itu, kata harian Kenya Standard.

Ayah Presiden AS, Barack Obama, dilahirkan di Kenya dan nenek tirinya, Sarah Obama (90), masih tinggal di desa Kogelo.

Warga Kogelo bernyanyi dan menari setelah Obama dinyatakan sebagai pemenang.

"Dia menang kerana Tuhan memberi jawatan itu padanya," kata Sarah Obama yang berusia 90 tahun.

"Yang kedua kerana dia mencintai semua orang, dia membenci perpecahan, itulah kenapa ia menang."

Ayah Obama, yang memiliki nama sama dengannya, meninggal dunia dalam kecmalangan jalan raya di Kenya pada 1982.

sumber
Read More..

Gamis SMM sokong dua agenda PR

. Minggu, 16 Februari 2014
0 komentar
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2013
Gamis, SMM sokong dua agenda PR
Muhamad Azan (tiga, kanan) bersalaman dengan Setiausaha Kawat, Rosamiza Omar semasa berkunjung ke Pejabat Kawat, semalam. Turut serta, Safwan (dua, kiri).
KUALA TERENGGANU - Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyatakan pendirian mereka yang menyokong penuh dua agenda Pakatan Rakyat (PR).
Dua agenda itu ialah pemberian semula hak royalti kepada rakyat Terengganu daripada lima kepada 20 peratus dan juga tawaran 10 perkara dalam manifesto PR.

Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar berkata, 20 peratus royalti yang diperjuangkan itu merupakan hak sebenar yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan seluruh rakyat Terengganu.

“Pemberian semula hak royalti kepada rakyat negeri Terengganu daripada lima kepada 20 peratus adalah hak rakyat. Dengan royalti tersebut, tiada masalah untuk tujuan pendidikan dan juga melaksanakan 10 perkara yang ditawarkan manifesto PR.

“Kemudahan (royalti) akan digunakan untuk ekonomi rakyat Terengganu khususnya untuk anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa berkunjung ke Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi SMM, Safwan Anang juga melahirkan rasa terkilannya terhadap kerajaan yang memerintah sekarang yang disifatkan tidak memperjuangkan royalti yang sememangnya menjadi hak Terengganu.   

“Jika BN betul ingin membela rakyat, sepatutnya isu royalti ini diperjuangkan juga. Kenapa tiba-tiba royalti dihentikan apabila bertukar pemerintah (1999).  Perkara itu merupakan halangan, kezaliman kepada rakyat Terengganu untuk mendapat hak mereka semula.

“Kami (juga) berasakan sekarang ini PR mendahului tawaran kepada anak muda. Kita juga menantikan (tawaran) daripada BN Terengganu sebagai pemerintah, namun secara jelas, PR mendahului BN,” katanya.

Menurutnya, sebagai golongan muda dan merupakan anak jati Terengganu, dia berasa bertanggungjawab untuk sama-sama memperjuangkan hak tersebut.   

Safwan turut menolak pandangan pihak yang menyatakan tawaran diberikan PR sebagai satu yang tidak realistik dan merupakan omongan kosong.

“Kalau royalti dapat dipulangkan kembali, segala agenda dapat laksanakan. Sebab pelik, kerajaan negeri seolah-olah meredhakan perkara itu dengan masih menyebut sebagai wang ihsan.

“Sepatutnya (kerajaan negeri) berusaha bersama-sama untuk dapatkan kembali hak rakyat,” katanya.    
Read More..

Gambar Mesra Ustaz Don Isteri Di Mesir

. Sabtu, 15 Februari 2014
0 komentar

Posing menarik Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry Rafie ketika melawat Mesir baru-baru ini. Beliau yang popular dalam rancangan 30 Minit Ustaz Don melalui TV Alhijrah dilihat amat bahagia sekali disamping Husna. 

“Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah. Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki, Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” ujar Ustaz Don mengenai zuriat. Untuk info, mereka bernikah pada 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H.  SUMBER






Read More..

Ayesha Farooq Pilot Tempur Wanita Pertama dari Pakistan

. Jumat, 14 Februari 2014
0 komentar
Pilot Tempur Wanita Pertama asal Pakistan Ini Bernama Ayesha Farooq
 Ayesha Farooq
 
ISLAMABAD - Mengenakan jilbab hijau berwarna hijau zaitun Ayesha Farooq, turun dari atas jet tempur yang baru saja diajaknya berkeliling melintasi cakrawala.

Dengan menenteng helm tempurnya, Farooq tersenyum kepada wartawan, ketika ditanya bagaimana rasanya menjadi wanita pertama yang menjadi pilot pesawat tempur Angkatan Bersenjata Republik Islam Pakistan.


Farooq, yang lahir dari kota bersejarah Bahawalpur, di provinsi Punjab, merupakan salah sseorang dari 19 wanita yang telah menjadi pilot di Angkatan Udara Pakistan dalam satu dekade terakhir.

Terdapat lima orang wanita yang menjadi pilot pesawat tempur lainnya di Pakistan, namun mereka belum mengambil ujian akhir untuk memenuhi syarat mengikuti pertempuran. 


"Saya tidak merasa berbeda. Baik saya dan lainnya melakukan kegiatan yang sama, bom presisi yang sama," ujar wanita berusia 26 tahun itu, di pangkalan Mushaf di utara Pakistan, seperti diberitakan oleh Huffingtonpost.com, Jumaat (14/6/2013).


Semakin ramai wanita yang bergabung dengan angkatan bersenjata Pakistan dalam beberapa tahun terakhir, seiring tumbuhnya gerakan keseteraan gender di Pakistan.

"Kerana terorisme dan lokasi geografi , sangat penting kami berdiri di kaki kami sendiri," ujar Farooq, mengomentari teror yang semakin meningkat yang dilancarkan oleh milisi Taliban dan kekerasan sektarian.


Menjadi wanita yang ingin meniti karir menjadi prajurit, membuat Farook harus menapaki jalan berbatu. Selisih paham terjadi antara ia dan ibunya yang sudah menjanda, ketika ia menyatakan akan bergabung dengan Angkatan Udara Pakista, tujuh tahun yang lalu.


"Dalam masyarakat kita sebagian besar perempuan, tidak pernah berpikir melakukan hal seperti menerbangkan pesawat terbang," katanya.

Menurut seorang pejabat Angkatan Udara Pakistan, menjadi seorang pilot perempuan di kesatuan bukanlah hal mudah. Persoalan yang kerap menjadi ganjalan bagi para pilot perempuan mendapatkan izin tempur adalah, faktor dominasi pria, dan persetujuan pihak keluarga.TRIBUNNEWS.COM
Read More..

Info Blogger Dah Pulih Kembali

. Kamis, 13 Februari 2014
0 komentar
Salam 1 Malaysia kepada all bloggers,




Nampaknya hosting blogger dah release kembali. Ini tentu menggembirakan kepada blogger yang mengunakan platform dari blogger ini. Maka dapatlah semua menulis entri dengan penuh bersemangat. Teruskan semangat berblogging anda!




Entry yang dah terdelete oleh blogger pun dah ada kembali. Jadi xderla rasa frust sangat...
Read More..

Lelaki cedera parah diterkam harimau

. Rabu, 12 Februari 2014
0 komentar

Harimau
Harimau di Kebun Binatang Bonx di New York
Seoranglelaki berusia 25 tahun mengalami luka parah setelah terjun ke kandang harimau di Zoo Bronx di Kota New York.

Dia lompat dari kereta monorail ke sebuah kandang harimau.
Lelaki  itu dibawa ke rumah sakit dalam kondisi kritikal, tetapi dia tidak kehilangan lengan seperti yang disampaikan dalam laporan sebelumnya.

Petugas zoo menggunakan alat pemadam kebakaran untuk menghentikan aksi harimau, dan lelaki  itu disebutkan berguling ke bawah kabel listrik untuk menyelamatkan diri.
Lelaki itu dalam kondisi sedar dan dapat berkomunikasi, kata direkturZoo  Jim Breheny.
"Jika petugas kami tidak merespon dengan cepat dan kemampuan mereka sangat baik untuk mengatasi situasi darurat, maka tinjauannya akan sangat berbeda," kata Breheny dalam sebuah pernyataan.
Tidak diketahui secara pasti alasan lelaki  itu melompat dari monorail Wild Asia, sebuah kereta terbuka yang digunakan diatas sungai Bronx dan digunakan untuk melewati kandang gajah, rusa dan harimau.
Lelaki  itu melompat dari ketinggian 6 meter.
Seorang petugas pemadam kebakaran mengatakan lelaki itu mengalami luka yang cukup dalam di bahagian punggung.

  |  Sumber: BBC Indonesia
Read More..

Mengambil Hikmah dari Nyepi

. Selasa, 11 Februari 2014
0 komentar
Manfaat Nyepi bisa mengurangi 20.000 ton emisi CO2 di Bali. Bagaimana bila se-Indonesia?
Hari ini tanggal 23 Maret 2012, saudara-saudara kita di Bali akan melaksanakan ritual "sepi". Mereka bakal hening dan gelap (terutama di malam hari). 


Bandara Internasional Ngurah Rai akan ditutup selama 24 jam, tak ada orang atau kendaraan hilir mudik di jalan raya (kecuali para pecalang dan orang-orang yang memperoleh izin khusus) di seluruh pulau.

Hari Nyepi merupakan penanda tahun baru Saka. Umat Hindu akan berpuasa mati raga dan memusatkan pikiran berdoa sepanjang hari. Puasa sehari penuh diyakini menjadi cara untuk membersihkan tubuh dari segala racun yang bersarang di tubuh. Sedangkan pendarasan doa adalah mempersiapkan jiwa menyongsong era baru.

Hanya pecalang bisa berkeliaran di Bali

Namun lebih dari itu, ada sisi lain yang bermanfaat dari tindakan mematikan lampu itu. Selama Nyepi, Bali mengurangi sekitar 20.000 ton emisi karbon dioksida.

Mengutip vhrmedia, menurut Kementerian Negara Lingkungan Hidup,jumlah emisi karbon Indonesia mencapai 1,4 juta ton. Jumlah karbon tersebut berasal dari sektor energi, deforestrasi, dan industri. Jadi bayangkan Indonesia yang lebih bersih bila kita bisa mengurangi emisi karbon sebanyak itu.

Terlepas dari perkara ritual dan perayaan agama, siapa pun sebenarnya bisa mengambil manfaat dari "gerakan sepi" ini. Pada tanggal 21 Maret 2012 sebenarnya ada himbauan untuk mematikan listrik selama empat jam sehari dari Tim World Silent Day. 

Dalam sepi, mendekat pada Sang Pencipta sambil menjaga bumi
Nah, sekiranya tanggal 21 kemarin kita belum bisa berpartisipasi, mengapa tidak coba  hari ini? Matikan listrik selama 4 jam dan nikmati manfaat untuk ikut menjaga bumi.
Matikan semua peralatan yang mengonsumsi listrik, kurangi penggunaan kendaraan bermotor dan aktivitas yang membutuhkan banyak sumber daya alam dan mengeksploitasi tanaman. Biarkan Bumi bernapas dengan lega.

sumber
Read More..