Nama Anak Kami Lebih ‘Islamik’ Jelas Ning Baizura

KUALA LUMPUR – Baru sebentar tadi portal murai.com.my menerusi ruangan gosip Murai Batu berkongsi cerita berkenaan perkembangan terbaru putera pertama penyanyi popular Ning Baizura yang dikhabarkan sedang mengalami demam kuning atau Jaundis.
Dalam ruangan itu juga, buat pertama kalinya Murai Batu turut berkongsi nama anak kesayangan penyanyi itu kepada pembaca setia. Bagaimanapun maklum balas yang diterima daripada orang ramai cukup mengejutkan.
Rata-rata mempersoalkan mengapa penyanyi berkenaan memilih nama Ryan Sky Dalton untuk bayinya itu yang disifatkan terlalu kebaratan. Namun, Ning Baizura menerusi fanpage Facebook miliknya telah menerangkan secara terperinci alasan dan maksud sebenar nama yang menjadi pilihan dia dan juga suami tercinta.
Seperti yang diterangkan Ning Baizura menerusi status ‘fan page’ Facebook miliknya, nama Ryan atau Rayann diambil daripada perkataan Parsi yang membawa maksud kearifan atau kebijaksanaan. Malah , ia juga adalah nama pertama yang diberikan kepada lelaki dalam dunia Islam.
Ning turut menambah, dalam bahasa Parsi juga, Rayann membawa erti haruman berasaskan herba dan herba haruman manis yang turut dipraktikan dalam bahasa Arab dengan panggilan Rayhaan. Perkataan Rayhaan juga boleh ditemui dalam Surah Rahman, ayah 12; dan Surah Waqi’ah, ayat 89.
Manakala perkataan Sky (langit) yang terbit selepas Ryan adalah simbolik kepada kelaziman manusia yang akan berdoa dan mendongak ke atas iaitu langit sebagai rasa syukur serta memikirkan Allah.
Berikut adalah keterangan Ning Baizura di dalam Facebook berkenaan nama buah hati pengarah jantungnya, Ryan Sky Dalton.

0 komentar:
Posting Komentar